DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU101
DISEDIAKAN OLEH:
DISEDIAKAN OLEH:
NUR NAZIRAH BT ILIAS
2011667844
ATD1Dm
PROGRAM:
DIPLOMA PRNGURUSAN LADANG
2011667844
ATD1Dm
PROGRAM:
DIPLOMA PRNGURUSAN LADANG
TARIKH HANTAR:
8 OGOS 2011
8 OGOS 2011
Isi Kandungan:
1.TAJUK
KEGIATAN MASJID DI MACHANG,KELANTAN
2.ABSTRAK
3.PENDAHULUAN
4.KEGIATAN ATAU PERANAN MASJID
i. SOLAT BERJEMAAH
ii. PUSAT ZAKAT
iii. TEMPAT MENUNTUT ILMU
iv. QIAMULLAI
v. AKTIVITI KEROHANIAN
5.PENUTUP
6.RUJUKAN
Abstrak
Masjid merupakan tempat beribadah bagi semua umat islam. Masjid juga dikenali sebagai rumah ALLAH swt.Pelbagai kegunaan masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah malah masjid juga digunakan sebagai tempat menuntut ilmu, pusat pungutan zakat, tempat untuk bermuzakarah, dan tempat untuk menyebarkan agama islam.
Masjid digunakan untuk menuntut ilmu seperti kelas al-quran kerana dimasjidlah tempat para ulama berkumpul. Secara tidak langsung dapat mengajar penduduk setempat tentang ilmu akhirat. Dimasjid juga disediakan perpustakaan untuk kemudahan umat islam dikawasan ini. Ini memudahkan umat islam untuk mencari rujukan dan mengkaji tentang pelbagai aspek bukan sahaja duniawi malah ukhrawi.
Seterusnya, masjid dijadikan sebagai tempat pusat pungutan zakat. Dimana pihak masjid menyediakan kaunter zakat yang dibuka 7 hari seminggu,hal ini bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada umat islam untuk menyalurkan sumbangan zakat mereka ketempat yang betul.
Masjid juga digunakan untuk tempat bermuzakarah. Disini umat islam dan para alim ulama dapat membincangkan perkara-perkara yang bermanfaat untuk kepentingan bersama secara tidak langsung mereka dapat mengetahui isu-isu semasa.
Disamping itu juga, masjid dijadikan tempat dimana untuk menyebarkan agama islam atau dakwah. Para ulama akan mengadakan kuliah-kuliah untuk menyampaikan ajaran agama islam agar umat islam tidak hanyut dengan dunia yang fana ini sahaja.
Sebagai kesimpulannya, masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah semata-mata, dewasa kini masjid menjadi salah sebuah intitusi yang penting kepada masyarakat kini.Hal inikerana masjid menjadi tempat tumpuan masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan, berdakwah, sebagai pusat pungutan zakat dan juga untuk menjalankan aktiviti kerohanian seperti majlis sambutan maulidurasul.
Pendahuluan
LATAR BELAKANG MASJID
Masjid Sultan Yahya Petra adalah merupakan masjid kepada jajahan yang mula dibina pada tahun 1968. Perletakan batu asas pembinaan masjid ini telah disempurnakan oleh YAB Tun Ab.Razak b. Husin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada hari Ahad 26 Zulkaedah 1387 bersamaan 25 Februari 1968.
Perasmian Masjid Yahya Petra telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim. Sultan Yang Di Pertua Kelantan Darul Naim pada Khamis 22 Muharram 1389 bersamaan 10 April 1969.LOKASI
Masjid terletak di tengah-tengah Bandar Machang, iaitu di Persimpangan Jalan Kuala Krai/Pasir Puteh/Tanah Merah/Kota Bharu. Ianya dibina di atas tanah yang berkeluasan 2 ekar.BANGUNAN MASJID
Keseluruhan bangunan Masjid Sultan Yahya Petra adalah berasaskan batu dimana masjid ini berukuran 270 kaki panjang dan 174 kaki lebar dan boleh menampung jemaah seramai 2300 orang.
PEJABAT KHAIRAT KEMATIAN DAN PEJABAT IMAN.
Terdapat satu bangunan bekas tandas lama yang telah diubah suai dijadikan Pejabat Khairat Kematian dan Pejabat Imam.PENGURUSAN MASJIDPengurusan masjid dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh YABrs Ketua Jajahan. Jawatankuasa Induk Masjid Sultan Yahya Petra.
Selain daripada Jawatankuasa Induk ,Masjid Sultan Yahya Petra juga mempunyai satu jawatankuasa kecil pengurusan yang dipengerusikan oleh YBrs Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra.Carta organisasi adalah seperti berikut:
PIAGAM PELANGGAN
Antara piagam pelanggan yang diamalkan dimasjid ini ialah memastikan suara azan berkumandang tepat pada masa dan waktunya. Seterusnya ialah berusaha menjadikan masjid tempat ibadat yang selesa, damai dengan prasarana yang menarik merangkumi dewan solat, bilik kuliah, maktabah dan lain-lain.
Selain itu,berusaha menyusun program-program pengimarahan masjid dengan mengadakan kuliah-kuliah, kelas bimbingan, program-program peristiwa bersejarah mengikut calendar Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Isra’ dan Mi’raj dan lain-lain. Berusaha mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan swasta (NGO’S ) bagi mengatur program dan aktiviti sosial.
Pihak masjid juga berusaha memupuk semangat ukhuwah dan bertanggungjawab mengadakan ziarah ke rumah-rumah tertentu yang bermasalah mengambil tahu dan perhatian terhadap setiap permasalahan umrah semampu mungkin. Disamping itu juga ianya menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada anak mukim seperti urusan perkahwinan, pengurusan jenazah, khidmat nasihat, kutipan zakat dan lain-lain.Berusaha mematuhi peraturan dan program yang diarahkan oleh MAIK dari semasa ke semasa Sesuai dengan perkembangan masyarakat dan perubahan semasa, Masjid Sultan Yahya Petra telah dan sedang menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah melaksanakan dan menjayakan program Hari & Peristiwa Kebesaran Islam seperti Sambutan Ma'al Hijrah, Sambutan Maulid al Rasul, Majlis Isra' dan Mikraj, Ihya' Ramadan, Sambutan Aidilfitri, Iftar Jamaie pada hari Arafah, dan Sambutan Aidiladha.
Selain itu, menyediakan perkhidmatan sosial dan kebajikan. Contohnya, Perkhidmatan menguruskan jenazah, khidmat nasihat dan kaunseling Islam, ibadat-ibadat khusus dan umum dalam Islam, bantuan-bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan
Akhir sekali adalah mengimarahkan masjid. Buat masa ini fokus imarah Masjid sultan Yahya Petra adalah memelihara kelangsungan solat waktu berjemaah, majlis ilmu, syarahan umum dan melalui aktiviti-aktiviti seperti menguruskan hal ehwal kebersihan masjid, kuliah maghrib, pengajian turath selepas solat asar pada hari sabtu, ahad dan isnin, kuliah subuh pada hari jumaat dan sabtu, tadarus al-Quran selepas solat subuh, kuliah mingguan pada tiap-tiap pagi isnin, program ijtimak dan muzakarah, qiamullail dan zikrullah, program klinik solat pelajar, forum, serta program pintar jawi dan juga program membina generasi solat.
Kegiatan masjid
(hadis riwayat muslim)
SOLAT BERJEMAAH:Solat berjemaah akan diadakan setiap lima waktu solat sehari semalam. Solat berjemaah ini biasanya di imamkan oleh imam masjid. Solat berjemaah ini selain mendapat pahala sebanyak 27 kali ganda, seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.abahawaRasulullah S.A.W bersabda :
“Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdaldaripada solat bersendirian.”
Selain itu, melalui solat jemaah kita dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat islam. Hal ini terjalin apabila masyarakat dapat bertegur sapa dan bertanya khabar antara satu sama lain. Disamping itu, masyarakat boleh mengetahui isu semasa yang berlaku disekeliling mereka.
PEMBAYARAN ZAKAT:
Zakat merupakan salah satu rukun iman yang harus diimani dan wajib bagi setiap orang islam yang mampu seperti firman Allah s.w.t yang berbunyi;
“Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (berzakat) sebagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
(al-baqarah:267)
Sejak dahulu lagi, masjid dijadikan tempat untuk membayar zakat.Pungutan zakat biasanya dikutip oleh imam masjid atau ahli jawatakuasa masjid yang lain yang telah dilantik oleh imam atau masyarakat setempat. Hal ini menyenangkan masyarakat setempat untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim kerana dengan adanya tempat yang telah ditetapkan seterusnya menjadikan sistem pungutan zakat lebih tersusun dan proses pembahagian zakat juga cepat dan dapat dibahagikan dengan lebih teratur. Dimasjid ini disediakan kaunter zakat untuk memudahkan orang ramai membayar zakat,pada bila-bila masa.
TEMPAT MENUNTUT ILIMU:
“Menuntut ilmu biarlah kenegera Cina”. Begitulah islam mementingkan ilmu serta menuntut setiap penganut mencari ilmu hingga keserata dunia.Ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.
Dewasa kini, masjid menjadi salah satu intitusi ilmu yang amat penting selain dari menjadi tempat untuk solat berjemaah. Dikebanyakan masjid terdapat kelas belajar al-Quran bagi masyarakat setempat tidak kira tua, muda atau kanak-kanak. Disini mereka diberi peluang untuk mempelajari serta membetulkan bacaan seperti mempelajari tajwid.
Di masjid ini terdapat pusat asuhan kanak-kanak yang menyediakan pendidikan awal untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Hal ini memastikan mereka menguasai ilmu semasa usia masih muda. Hal ini juga dapat menyenangkan para ibubapa khususnya yang berkerjaya.
Perpustakaan juga turut disediakan di masjid bagi memudahkan masyarakat setempat untuk membuat rujukan serta menjadikan masjid bukan semata-mata tempat untuk solat. Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi memastikan perpustakaan yang disediakan lengkap serta berfungsi sepenuhnya. Antara kemudahan yang disediakan ialah, makmal computer, bilik khas untuk sesi perbincangan atau musyawarah, serta membekalkan pelbagai jenis buku untuk rujukan.
Dakwah juga merupakan salah satu dari cara kita menuntut ilmu. Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala sesuai dengan garis aqidah, syari’at, dan akhlak Islam. Melalui dakwah kita boleh menambah ilmu serta mendalami ilmu agama seterusnya membaiki diri ke arah yang lebih baik. Bukan itu saja dakwah merupakan salah satu cara untuk saling mengingati antara satu sama lain agar umat islam tidak lalai beribadat kepada Allah swt. Di masjid ini, turut disediakan dakwah yang akan disampaikan oleh imam-imam yang bertugas. Setiap hari, imam yang berbeza akan menyampaikan dakwah kerana di masjid ini disediakan jadual waktu bagi memudahkan pengurusan masjid.
QIAMULLAI:
Qiamullai ialah melakukan amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya, yang sangat digalakkan dalam Islam. Didalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud.
(Al-Isra’:79)
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhan mumembangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
AKTIVITI BERBENTUK KEROHANIAN:
Suruhan dalam ayat yang disebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus untuk Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam disuruh mengikut baginda, dan adalah suruhan Allah Taala itu juga merupakan suruhan Allah terhadap orang-orang Islam amnya. Kelebihannya ialah Allah SWT menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan “Qiamullail” dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan syurga. Kerana kelebihan inilah, pihak masjid mengadakan qiamullai sekali dalam seminggu iaitu pada setiap hari selasa.
Antara aktiviti kerohanian yang dijalankan dimasjid ini ialah sambutan maulidurasul yang diadakan pada 1 mac 2011.Selain itu, 14 januari 2011. Kursus solat jenazah,,turut diadakan dimasjid ini. Majlis-majis seperti majlis belia prihatin turut diadakan untuk melahirkan belia yang cintakantanah air, bangsa, dan juga agama.Majlisiniberlangsung 27 febuari 2011.Selainitu,,pihak masjid juga mengadakan kuliah subuh. Kuliah ini akan diadakan setiap hari. Program-program untuk kanak-kanak dan remaja juga disediakan, antara program yang adaalah, program pintar jawi. Program ini berlangsung pada 12 mei 2011. Kuliah maalhijrah juga diadakan sempena sambutan maalhijrah baru-baru ini.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, masjid merupakan tempat beribadah untuk umat islam. Selain itu, pelbagai program yang dianjukkan oleh pihak masjid, untuk menarik perhatian orang ramai khususnya,remaja dan juga belia. Pihak masjid seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat golongan ini untuk datang ke masjid. Antara contoh aktiviti yang mampu menarik minat golongan muda ini seperti aktiviti sukan. Jika aktiviti sebegini dapat diadakan dimasjid,jadi tidak hairanlah,ramai golongan ini datang, dan secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid. Masjid akan menjadi salah satu intitusi yang penting untuk umat islam. Selain itu masjid akan menjadi tonggak perpaduan antara umat islam untuk bersatu-padu dan dapat membina ukhuwah yang sangat erat.
RUJUKAN
Imam masjid iaitu USTAZ ABDUL RAZAK BIN HUSEIN
gambar masjid dari luar
kaunter zakat
perpustakaan